salam 'alaik,
wah! blog ni nmpak sgt suram,
huuhu,
apa yg patut di buat?
erm, apa kata kita share blog?
kpd alumni batch 10 sri aman yg ada blog,
blh tinggalkan link ad di ruang shoutmix ataupun dkat ruangan komen,
jd dgn cr neh,
kita dpt update slalu news dr sahabat2 kita kn
so,
jom!!
sharing is loving
>.<
p/s : sory, entry yg agak ntahapehape
Khamis, 31 Disember 2009
jom share blog
Selasa, 29 Disember 2009
sakit
salam 'alaik
sudah lama blog ni menyepi kan..
bukan apa, mungkin di atas desakan masa yang m'hambat,
(almaklum la next year maw SPM, so masing2 bz study)
selain ketandusan idea utk menulis entry,
maka perkara2 itu telah m'jadi alasan mengapa blog ini sunyi sepi tanpa update baru.
ana pun bukan ada idea sangat nak tulis apa,
tapi hati ni meronta2 jugak untuk post sumthing buat tatapan umum
(ekcelly nk update blog ana, tapi tape la, udate je blog ni pom)
maka, ana pun ringankan tangan untuk sign in blog ni,
dan post new entry,
ayuh kita rungkai maksud di sebalik tajuk entry ni
'SAKIT'
satu perkataan,
lima huruf
mudah disebut
tapi apabila dialami
memang perit
cuba kita pk kan, selalu kaloa kita sakit, apa kita buat?
secara wajib nya,
mesti kita MENGELUHkan
sama ad disedari atau x,
mmg ada antara kita yg bila sakit,
dy akan ckp "aku redha terima ni sbg kafarah dosa"
tp musty akan keluar jugak dr mulut kita perkataan yang lebih kurang ginie bunyinya:
"aduh, sakitnya.. bila la nk sembuh"
kan3?
mmg la kita akan nafikan,
tapi bnda tuh normal la.
kadang2 berlaku tanpa kita sedari.
tahu x kenapa kita sakit?
sebabnya kita xpernah bersyukur dgn nikmat sihat
ana ingt lagi 1 hadis nabi ni
(err, kaloa xsilap ad lam silibus PQS f4 ^.^ )
hadis tu sebut psl dua nikmat yg selalu manusia lupakan dan tak sedar
nikmat sihat dengan nikmat masa
(tlg btulkan andai ana salah)
sbb apa kita selalu lupakan dua nikmat tu?
sbb kita selalu rs sihat dan kita selalu ada banyak masa lapang sampai kita rasa seronok sangat MEMBUANG masa2 yg kita ad tuh
dan disebabkan tuh
maka jadilah kita hamba NYa yang tak reti b'syukur.
tapi sebab Allah sayangkan kita,
dy tanak kita terus leka dengan nikmat2 tu,
maka dia pun turunkan pada kita ujian kesakitan,
masa sakit ni lah kita mula rasa betapa nikmatnya sihat tu
kita mula mengeluh
"sokmo aku sakit"
sedangkan kita LUPA,
bahawasanya kita da lama TAK SAKIT,
tapi kita ni hamba tak pernah nak ingt
Allah bagi kita sakit sbb nak suh kita ingt nikmat sihat
tapi malah kita pergi menyalahkan kesakitan yang menimpa kita tu,
ingtlah,
saat kita menyalahkan sakit yang datang itu,
sbnrnya kita sedang menyalahkan Dia yang menurunkan penyakit tersebut,
dan ketahuilah, sesungguhnya yang menguji manusia dengan penyakit itu ialah Allah sang maha Kuasa
WASPADA!!
JANGAN JADI HAMBA KUFUR!!!
jadi, ingatlah
kalau kita sakit,
dah2 le mengeluh,
banyak2 kan istighfar,
kenang balik dosa2 kita,
mintak ampun dari Allah,
mana tahu, sakit yang kita dapat tuh sbg kafarah atas dosa kita
dan mngkin sakit tuh sebagai sebuah peringatan kepada kita
bahawa tiada yang kuat lagi perkasa melainkan DIA Allah al-aziz, al-jabbar
ana t'ingt,
kawan ana penah sebut
tapi tataw la betul ke tak
bahawa sakit yg paling nabi suka ialah demam..
sbb ny, bila demam, seluruh tubuh lemah + sakit,
maksudnya, gugur dosa2 yang penah dibuat oleh seluruh anggota tubuh kita..
(yer la, sakitkan menghapus dosa, INSYAALLAH)
betul ke fakta pasal tu??
sapa yang ad ilmu boleh share yep
jgn segan2
sharing is caring
lagipun, xrugi share ilmu,
xluak pun ilmu tu bak kata orang2
menambah pahala adalah sebab menyebarkan ilmu Allah
betul3...
jadi,
sebagai konklusinya
ayuh kita sama2 beringt,
sentiasa bersyukur dgn nikmat sihat yg kita dpt sekarang ni..
dan berdoalah moga sentiasa di beri nikmat sihat
moga sentiasa diberi kseihatan penglihatan, pendengaran dan juga tubuh badan,
agar kita cergas dalam membuat kerja2 untuk ISLAM
salah satunya BELAJAR,
kesempatan yang ada ni,
ana nak ucapkan kepada semua kawan2 batch 10 sri aman
"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!(lagi 5 ari jer weh).. JANGAN NAKAL2 TAW TAON DEPAN!! SPM MENANTI TU!!"
=D
jadi, sebagai penyudah kata,
maaf segala salah silap dalam entry ni,
kerana ana juga manusia yang tak pernah sempurna..
wassalamu'alaikum
Ahad, 20 Disember 2009
BUAT SAHABAT TERCINTA....
Assalamualaikum...
pertamanya ana mewakili pelajar MTS nak mintak maaf sebab terlewat memenuhi janji untuk buat posting dalam blog nie...
buat para sahabat yang disayangi kerana Allah, cuba renugi kata-kata Ibn Taimiyah, ilmuan reformis yang sentiasa berfikiran global
"WALAUPUN HANYA TERSISA SEBUTIR BATU , PERTAHANKAN ISLAM WALAU DICERCA, DAKAPILAH IA WALAU DISALIB..."
Ingatlah saudara-saudara seislamku yang disayangi kerana Allah, kita semua memegang satu AMANAH yang tidak dipikulkan keatas umat lain iaitu agama ISLAM. Oleh itu sedarlah kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memepertahankan Islam sebaik mungkin. Ingat ISLAM tidak pernah memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan ISLAM. Bersatulah kita semua untuk melihat ISLAM kembali MEMERINTAH bukan DIPERINTAH. Renungilah kata-kata Amirul Mukmini, Saidina Umar R.A
"LAISAL ISLAM IILLA BILJAMAAH, LAISAL JAMAAH ILLA BILQIADAH, LAISAL QIADAH ILLA BITTOAH" iaitu "TIADA ISLAM TANPA KESATUAN, TIADA KESATUAN TANPA KEPIMPINAN DAN TIADA KEPIMPINAN TANPA KETAATAN..."
Sahabat-sahabat sekalian, suka untuk ana bertanya kenapa antum semua nampak macam huru-hara ketika kami pelajar MTS kembali ke kampus kami. Sahabat-sahabat sekalian, ingatlah kata-kata Amirul Mukminin, Saidina Umar R.A diatas tadi. Islam tidak mampu untuk bergerak seorang. Islam perlu bergerak secara jemaah. Sahabat sekalian jika antum tidak dapat menerima kami berada dalam SOF KEPIMPINAN tenbatch of sriaman, kami tidak marah ataupun kecewa. Kami sedar banyak kelemahan dalam diri kami. Kami sedar, kami tidak layak untuk memikul amanah ini. Kami tidak pernah meminta amanah ini, kami tidak terhegeh-hegeh untuk menjadi sof kepimpinan katch kita. Namun, apabila kami diletakkan, kami terpaksa memikul amanah ini dan melakukan atau melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Namun untuk melihat ukhuwwah antara kita berkekalan ia tidak terletak di bahu kami sahaja, tetapi terletak di bahu kalian dari bumi MML, MMP, SMI Aman, SMKA Naim, SMKA Falahiah dan setiap ahli batch kita.
Sahabat-sahabat sekalian, mungkin setelah antum selesai membaca posting dari ana antum semua akan rasa 'pelajar MTS koya, perasan' atau 'betul jugak kata-kata diorang' . Namun semua itu lahir dari persepsi dan pandangan antum semua. Ana buat posting nie sebab sayangkan ISLAM amnya dan sayangkan antum semua sebagai sahabat ana khususnya. Sahabat sekalian ukhuwwah kita sudah hampir 10 tahun, adakah dengan sedikit silap faham kita nak hancurkan ukhuwwah kita. Ingatlah sahabatku, perjalanan hidup kita masih jauh. Di hadapan sana, masih banyak ranjau dan liku kehidupan yang akan kita tempuhi. Persiapkanlah diri kalian dengan persiapan serapi-rapinya. Ayuhlah kita maju kehadapan untuk melihat ISLAM kembali gemilang dan ukhuwwah antara kita berkekalan buat selama-lamanya.
SALAM UKHUWWAH FILLAH....
alfateh_mts
fathy_6233@yahoo.com
Jumaat, 4 Disember 2009
Kita bertanya al-Qur'an menjawab

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKUMENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKUMENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar danmengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPATDRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKUBERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Isnin, 30 November 2009
Sebar Nikmat Iman & Islam
Futur ataupun terhenti dalam menjalankan aktiviti dakwah; menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah seringkali kita dengar dan lihat dengan mata dan telinga kita sendiri.
Begitulah keadaan para pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi. Ya memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan kita akui kadang-kala turun dan kadang-kala meningkat.
Begitu juga dengan iman kita, sepertimana yang dikatakan oleh Imam Bukhari dalam sebuah riwayat, beliau berkata, “Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang.”
Imam Ahmad pernah ditanya tentang makna bertambah dan berkurangnya iman? Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada ‘Umair bin Hubaib, dia berkata:
Memang benar iman boleh bertambah dan berkurang, tetapi untuk berhenti terus dari melakukan dakwah adalah perkara yang amat mendukacitakan. Sesungguhnya manusia diciptakan adalah untuk menjadikan khalifah di bumi. Dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan, dan mencegah perkara-perkara yang mungkar.
Firman Allah,
Kita akui bahawa aktiviti dakwah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan tribulasi akan mendatang bagi memadam aktiviti dakwah ini dari terus bersinar. Perkara ini pernah diutarakan oleh Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam sebuah artikel beliau yang bertajuk bertajuk kewajipan generasi muda islam hari ini.
Kata beliau, “Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: “mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?”
Namun, adakah kekangan-kekangan ini yang menjadikan kita berduka-cita? Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran-ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?

Malahan Allah menggelar para penyeru kebaikan dan pencegah kemungkaran ini sebagai sebaik-baik manusia.
Firman Allah, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”.
Seharusnya kita berulang-ulang memperingatkan diri, bahawa jangan sesekali mengkhianati tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Dalam masa yang sama jangan sekali lagi membiarkan diri kita untuk tidak dipercayai oleh malaikat, sepertimana yang mereka pernah suarakan kepada Allah pada permulaan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Teruskanlah berpesan-pesan kepada kebaikan, dan penuh dengan kesabaran. Jangan menjadi Muslim yang pentingkan diri, merasa nikmat Iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri, Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat tersebut iaitu Iman dan Islam kepada seluruh manusia.
Rugilah sesiapa yang menikmati Iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat tesebut dengan menjalankan aktiviti dakwah. Sepertimana firman Allah,
Bagi para pendakwah yang masih tetap berdegil untuk futur atau berhenti dari jalan dakwah ini, biarlah firman Allah ini mengejutkan mereka kembali.
Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa Allah telah melaknat Bani Israil yang tidak melarang perbuatan mungkar yang berlaku di sekeliling mereka. Mengapa ia terjadi? Kerana di kalangan mereka tidak ada lagi yang menjalankan aktiviti dakwah, mereka telah futur dalam gerakan dakwah; menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Adakah hal sedemikian kita mahu ia berlaku sekali lagi pada diri kita?
Ayuh semua, kita rapatkan saf, kita kukuhkan jentera kekuatan, kita kuatkan semangat. Agenda dakwah ini tidak harus terhenti, kerana agenda ini adalah tugas yang cukup mulia.
Para Nabi dan Rasul telah melaksanakan kewajiban dakwah mereka, kini tugas itu harus digalas dan diteruskan oleh kita semua. Jangan biarkan lelah-lelah, kekangan-kekangan itu membuatkan kita terus jauh dari jalan dakwah ini kerana pertolongan Allah dekat dengan kita.

Kesusahan itu hanyalah secebis dugaan, dan beruntunglah mereka yang mendapat dugaan dari Allah. Firman Allah,
Dicatat oleh tenbatchsriaman pada 4:17 PTG
10 Muwassafat Tarbiyah...
Dicatat oleh tenbatchsriaman pada 12:43 PTG
Ahad, 29 November 2009
10 cara membahagiakan ibu bapa
5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
CORETAN NOSTALGIA GEGAR MAHABBAH 2009…
Program ini berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Pada hari pertama program ini berlangsung, kami diisi dengan beberapa slot. Bagi pelajar banin, slot pertama mereka ialah permainan ‘sand wars’. Untuk permainan ini,setiap kumpulan diberi arahan untuk membina sebuah istana pasir dan berusaha untuk mempertahankan istana mereka daripada dimusnahkan oleh musuh. Melalui aktiviti ini para peserta dikehendaki berfikir secara kreatif dan bijaksana kerana mereka perlu membina dan mempertahankan sebuah istana pasir yang kukuh dan dalam masa yang sama dikehendaki menyerang istana pihak lawan. Ini seperti mana di zaman Rasulullah S.A.W ketika di waktu peperangan yang memerlukan tentera Islam berfikir secara kreatif dan bijaksana untuk menghancurkan pihak kuffar.
Bagi pelajar banat pula, kami telah mengadakan aktiviti ‘LDK’ yang dinamakan Ukhuwah Fortification. Setiap kumpulan diberi arahan untuk melukis gambar rakan-rakan mereka di dalam satu suasana. Sesudah itu, mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka dan menceritakan sikap dan peribadi rakan mereka. Dengan itu, mereka dapat mengenali dgn lebih rapat lagi raka-rakan mereka yang telah lama terpisah. Hasil darpada kedua-dua aktiviti ini,kami dapat memupuk sikap kerjasama di antara kumpulan.
Seusai solat maghrib,kami menikmati santapan rohani dengan tazkirah maghrib yg telah disampaikan oleh al-akh Nik Muhammad Farhan Hakim. Tazkirah ini telah meniggalkan kesan yang amat mendalam kepada kami dan membuatkan kami sedar tentang apa ertinya sebuah persahabatan. Seusai solat isya’ pula,slot kedua utk program ini berlangsung. Bg slot yg kedua,kami mendengar ceramah yg telah disampaikan oleh Muallimah Rosmawati yg bertajuk ‘Ini Peranan Kita’. Setelah itu,kami menyaksikan satu tayangan tentang ‘Sakaratulmaut’ dan tayangan ini benar-benar menginsafkan jiwa kami. Selepas itu,kami menjamu selera dengan jamuan BBQ.
Pagi hari kedua,kami semua dikejutkan pd pukul 4.30 pagi dan tepat pada pada pukul 5.00 pagi kami bergegas ke surau bagi menunaikan qiamullail secara berjemaah dan diikuti dengan alunan zikrullah. Seusai solat subuh,kami menikmati sarapan pagi dan tepat pada pukul 8.00 pagi program ini diteruskan dengan aktiviti ‘Kembara Alam’. Aktiviti ini merupakan aktiviti merentas desa dan para peserta harus melalui tiga checkpoint. Pada setiap checkpoint disediakan satu permainan yang menguji minda dan ketangkasan para peserta. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil seperti kasih sayang, membina harakah islamiah, tolong menolong dan lain-lain lagi. Aktiviti ini berakhir pada pukul 10.30 pagi.
Pada pukul 12 tengahari,majlis penutup Program Gegar Mahabbah berlangsung. Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa guru yang pernah bersama kami ketika kami menuntut di Sri Aman seperti Mlmh Rosmawati, Mlmh Dayang, Mlmh Rushaida, Mlmh Faeizon, Mlmh Rahmah dan Tec Rosnani. Pada majlis ini turut diundang Ust Omar Alias selaku Pengarah Pusat Pendidikan Aman berserta Mudir SMI Aman Ust Rashid. Bapa kesayangan kami iaitu Ust Azmi Harun selaku Mudir SRI Aman tidak dapat hadir. Dengan berakhirnya majlis penutup ini maka berakhirlah Program Gegar Mahabbah. Harapan tertinggi kami,semoga program ini dapat mencapai objektif serta visi dan misi dan seterusnya melahirkan remaja yang mempunyai budi pekerti yang luhur. Dan yang terakhir semoga ikatan ukhuwah antara kami tidak akan putus walau sejauh mana kami terpisah. Sesungguhnya segala memori serta kenangan pahit dan indah bersama rakan-rakan serta para murabbi di SRI Aman tidak akan kami dapati dan kami beli dimana-mana. SALAM MAHABBAH DAN SALAM UKHUWWAH FILLAH
Dicatat oleh tenbatchsriaman pada 8:03 PG
Sabtu, 28 November 2009
manusia
apa yang dilakukannya adalah benar
segala nasihat yang dicurah
sering ditolak dan dicemuh
kerana mereka mengatakan
"aku tahu apa yang aku buat"
manusia semakin lama semakin alpa
manusia semakin hanyut ditelan fatamorgana
manusia semakin tenggelam dibawa arus khayalan
manusia semakin lupa
bahawa dia sebenarnya punya tuan
Tuan yang suatu hari nanti akan menuntut hakNya
manusia yang leka umpama sebuah robot
robot dicipta oleh manusia untuk berbakti kepada tuannya
robot diamanahkan untuk taat kepada tuannya
robot diperintahkan untuk menurut arahan tuannya
lalu bagaimana pada fikiran kita
andai robot itu ingkar pada suruhan tuannya
andai robot itu berpaling dari tuannya
andai robot itu mula melupakan tuannya
andai robot itu merasakan
dia lah yan berkuasa atas hidupnya
bukan lagi tuannya
bukankah akan kita katakan
memang robot tak sedar diri
memang robot tak tahu bersyukur
memang robot tak mengenang budi
memang robot yang DERHAKA!!
lalu bagaimana diri kita?
bukankah kita ibarat robot itu?
bukankah diri kita umpama robot tak sedar diri itu?
bukankah diri kita umpama robot tak tahu bersyukur itu?
bukankah diri kita umpama robot tak mengenang budi itu?
dan
bukankah diri kita sebenarnya robot yang DERHAKA itu?
ayuhlah manusia
sedarlah dirimu
bangkitlah dari lena mu
terlalu panjang mimpi indah mu
kembalilah ke dunia realiti
pulanglah ke alam nyata
kerana ingatlah
saatnya akan tiba
manusia akan dipersoal oleh tuannya akan pekerjaan mereka
manusia akan dipertanggungjawabkan oleh tuannya dengan amanahnya
manusia akan dihisab dengan segala amal mereka
'dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "apakah Engkau hendak menjadikan orang yang akan merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu." Dia berfirman, "sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
(albaqarah : 30)
dan ingatlah juga saat Allah berfirman :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"
sudah jelas lagi nyata wahai manusia
tanggungjawab kita dimuka bumi ini..
kita adalah khalifah
kita adalah hamba
berlakulah selayaknya sebagaimana seorang hamba kepada tuannya
moga manusia diampuni dosa oleh tuannya
lantaran sering alpa dan leka
InsyaAllah
amin
Jumaat, 27 November 2009
Merasai Halawatul Iman
Assalamualaikum...
”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Begitu tingginya tahap kemanisan iman yang harus dicapai setiap umat Islam. Mukmin tersebut akan merasai betapa bahagianya hidup menjadi umat Islam yang beriman dan berada dalam ketenangan dan kedamaian,merasai keinginan dan kelazatan lidahnya dengan berzikir mengingati Allah swt. Al-Quran pula sebagai petunjuk yang sentiasa mendidik dan memberi pengajaran kepada semua manusia untuk dapat membentuk keimanan yang sempurna.
Pendidikan iman manusia diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk. Iman mendidik manusia mengenal dan meyakini adanya perkara-perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman seperti percaya kepada hari akhirat,qada dan qadar seta syariat Islam. Keimanan antara lain memberi keyakinan bahawa manusia memerlukan pertolongan Allah dalam segala urusan duniawi dan ukhrawi. Iman memberi peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya.Iman mendidik manusia supaya mencintai Allah dan Rasulullah serta keluarganya(Ahlu Al-bait) dengan membiasakan diri dengan membaca al-quran. Iman memberi motivasi dengan semangat untuk terus tekun berusaha,supaya manusia tidak bergantung kepada takdir semata-mata untuk mencapai kejayaan hidup. Melalui iman yang mantap,ia akan mengingatkan manusia supaya tidak melupakan kepentingan hidup di akhirat ketika hidup di dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud;
”Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada(kebahagiaan)akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagian dari(nikmat)dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik terhadapMu” (Al-Qasas:77)
Iman merupakan faktor paling penting yang mendidik dan membentuk sahsiah manusia yang teguh dan berakhlak mulia,berakal budi murni serta memperlihatkan teladan yang baik. Jom sama-sama kita meningkatkan keimanan agar berjaya mencapai HALAWATUL IMAN
Dicatat oleh tenbatchsriaman pada 9:43 PTG
Sabtu, 19 September 2009
SALAM AIDILFITRI
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN SERTA GURU-GURU GENERASI 10 SRI AMAN... SEMOGA SEGALA AMALAN YABG KITA LAKUKAN DI BULAN RAMADHAN TERUS BERKEKALAN...MAAT ZAHIR DAN BATIN
SAHABAT

Pada arus globalisasi tanpa limitasi yang melanda dunia serta penuh dengan tribulisasi dan mehnahnya, ukhuwwah islamiah, permasalahan umat islam serta akhlak islamiah sering dipandang rendah oleh golongan remaja marcapada ini...
Justeru dengan sedikit kesedaran, kami Alumni Sekolah Rendah Islam Aman Generasi ke-10 telah merangka untuk mengadakan sebuah program bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah islamiah yang telah sedia terjalin serta mengimbau nostalgia ketika bersama berteraskan ukhuwwah serta akhlak islamiah...