BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 19 September 2009

SALAM AIDILFITRI



SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN SERTA GURU-GURU GENERASI 10 SRI AMAN... SEMOGA SEGALA AMALAN YABG KITA LAKUKAN DI BULAN RAMADHAN TERUS BERKEKALAN...MAAT ZAHIR DAN BATIN

ikhlas daripada
tenbatch_sriaman

SAHABAT

Assalamualaikum...


Salam sayang dan salam ukhuwwah dihulurkan buat semua rakan-rakan seperjuangan Generasi 10 Sekolah Rendah Islam Aman. Sahabatku seorang teman yang baik ialah apabila dilihat wajahnya kita akan mengingati Allah S.W.T, apabila kita mendengar tutur bicara atau menatap tulisannya, ia akan menambah ilmu agama dan apabila kita melihat setiap tingkah lakunya kita akan sentiasa mengingati mati.


Rasulullah S.A.W ada bersabda mafhumnya "Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"
Sahabat yang cukup-cukup ana cintai kerana Allah S.W.T, ingatlah sahabatku persahabatan merupakan sebuah hubungan yang sangant indah dan mulia. Seorang sahabat dan kawan berperanan membentuk personaliti individu seseorang. Ada sahabat yang sanggup bersusuah payah ketika kita duka dan gembira ketika kita senang, tetapi ingatlah ramai juga sahabat yang hanya nampak muka ketika kita sengan dan hilang apabila kita susah.


Pendek kata sahabat merupakan penentu corak kehidupan kita. Justeru jika kita tersilap memilih rakan sudah tentu ia akan merugikan diri kita sendiri. Ia selari dengan hadis Rasulullah S.A.W "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi sahabatnya."


Sahabatku sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
"Wajahmu dengan lingan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan zikir kepada penciptamu,
Hatimu takut dan gementar dengan kehebatan Rabb-mu,
dan Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu...."


Sahabatku akhir kalam renunglah diri kita, muhasabah dengan hati keinsafan, fikirkan dengan akal yang suci. Semoga UKHUWWAH kita BERKEKALAN buat selamanya.SALAM UKHUWWAH FILLAH...

Pada arus globalisasi tanpa limitasi yang melanda dunia serta penuh dengan tribulisasi dan mehnahnya, ukhuwwah islamiah, permasalahan umat islam serta akhlak islamiah sering dipandang rendah oleh golongan remaja marcapada ini...

Justeru dengan sedikit kesedaran, kami Alumni Sekolah Rendah Islam Aman Generasi ke-10 telah merangka untuk mengadakan sebuah program bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah islamiah yang telah sedia terjalin serta mengimbau nostalgia ketika bersama berteraskan ukhuwwah serta akhlak islamiah...