BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 21 Februari 2010

KeperibadianMu Menjadi Ikutan Tauladan Ummah Sepanjang Zaman




Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. diatas segala nikmat serta rahmat yang dikurniakan olehNya. Sejambak salam ke atas junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W. keluarga baginda serta sahabat baginda. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan rahmat bagi sekalian alam”.

Sempena dengan bulan Rabiul Awwal yang mulia ini, alangkah ruginya seorang muslim itu jika ia tidak mengetahui bahawa dalam bulan ini dilahirkan seorang insan yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Oleh itu, marilah kita kenang, ingat serta muhasabah diri kita sejauh manakah kita telah mencintai kekasih agung MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W. Sudah padankah cinta serta kasih kita kepada baginda jika ingin diukur dengan pengorbanan serta penat lelah baginda dalam menyampaikan risalah ISLAM sehingga kita dapat merasai nikmat tersebut.

Wahai pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T. Ingatlah kerja dakwah yang dilakukan oleh baginda masih perlu diteruskan lagi oleh generasi akhir zaman. Oleh itu marilah kita sama-sama menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh baginda. Ini kerana tugas ini bukan hanya untuk golongan tabligh sahaja. Setiap mereka yang berpegang kepada kalimah لااله الا الله محمد رسول الله maka terpikul satu amanah yang tidak dipikulkan kepada kaum sebelum ini iaitu amanah DAKWAH.
Akhir kalam marilah sama-sama kita menghayati serta muhasabah diri kita dengan perjuangan, sirah serta riwayat hidup Junjungan Mulia serta Uswah dan Qudwah Hasanah kita, iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Cinta Daku Buat Rasulullah...





























Mendengar suara Tuan memanggil daku
Dalam sebuah kerinduan
Dengan titisan air mata
Dan banyak harapan
Memaknai perjalanan Tuan mencintai daku
dalam pengorbanan
dengan rasa cinta
dan kekhawatiran

Andai daku boleh,
kan mengirim Tuan paket rindu
Yang penuh akan air mata cinta
Andai saja daku mampu,
kan memberikan hadiah dalam sunnah
yang dulu Tuan contohkan
Akan kusampaikan
Akan kusampaikan...

Maafkan daku, Tuan
Cinta Tuan hanya mampu dibalas
Perjuangan yang bernilai kecil
Dalam ruang sempit ini
Dalam kebebasan terbatas ini
Maafkan daku, Tuan
Meski hanya selawat,
daku ingin Tuan tahu
Bahwa daku sangat amat mencintaimu

Cinta daku kali ini, seterusnya dan selamanya
Hanya untuk Rabb dan Tuan sahaja






















Salam rindu, selawat dan kasih untuk Baginda tercinta,
Muhammad b Abdullah Rasulullah S.A.W....

Khamis, 31 Disember 2009

jom share blog

salam 'alaik,
wah! blog ni nmpak sgt suram,
huuhu,
apa yg patut di buat?
erm, apa kata kita share blog?
kpd alumni batch 10 sri aman yg ada blog,
blh tinggalkan link ad di ruang shoutmix ataupun dkat ruangan komen,
jd dgn cr neh,
kita dpt update slalu news dr sahabat2 kita kn
so,
jom!!
sharing is loving
>.<

p/s : sory, entry yg agak ntahapehape