BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 31 Disember 2009

jom share blog

salam 'alaik,
wah! blog ni nmpak sgt suram,
huuhu,
apa yg patut di buat?
erm, apa kata kita share blog?
kpd alumni batch 10 sri aman yg ada blog,
blh tinggalkan link ad di ruang shoutmix ataupun dkat ruangan komen,
jd dgn cr neh,
kita dpt update slalu news dr sahabat2 kita kn
so,
jom!!
sharing is loving
>.<

p/s : sory, entry yg agak ntahapehape

Selasa, 29 Disember 2009

sakit

salam 'alaik
sudah lama blog ni menyepi kan..
bukan apa, mungkin di atas desakan masa yang m'hambat,
(almaklum la next year maw SPM, so masing2 bz study)
selain ketandusan idea utk menulis entry,
maka perkara2 itu telah m'jadi alasan mengapa blog ini sunyi sepi tanpa update baru.

ana pun bukan ada idea sangat nak tulis apa,
tapi hati ni meronta2 jugak untuk post sumthing buat tatapan umum
(ekcelly nk update blog ana, tapi tape la, udate je blog ni pom)
maka, ana pun ringankan tangan untuk sign in blog ni,
dan post new entry,
ayuh kita rungkai maksud di sebalik tajuk entry ni

'SAKIT'

satu perkataan,
lima huruf
mudah disebut
tapi apabila dialami
memang perit

cuba kita pk kan, selalu kaloa kita sakit, apa kita buat?
secara wajib nya,
mesti kita MENGELUHkan
sama ad disedari atau x,
mmg ada antara kita yg bila sakit,
dy akan ckp "aku redha terima ni sbg kafarah dosa"
tp musty akan keluar jugak dr mulut kita perkataan yang lebih kurang ginie bunyinya:
"aduh, sakitnya.. bila la nk sembuh"
kan3?
mmg la kita akan nafikan,
tapi bnda tuh normal la.
kadang2 berlaku tanpa kita sedari.

tahu x kenapa kita sakit?
sebabnya kita xpernah bersyukur dgn nikmat sihat
ana ingt lagi 1 hadis nabi ni
(err, kaloa xsilap ad lam silibus PQS f4 ^.^ )
hadis tu sebut psl dua nikmat yg selalu manusia lupakan dan tak sedar
nikmat sihat dengan nikmat masa
(tlg btulkan andai ana salah)
sbb apa kita selalu lupakan dua nikmat tu?
sbb kita selalu rs sihat dan kita selalu ada banyak masa lapang sampai kita rasa seronok sangat MEMBUANG masa2 yg kita ad tuh
dan disebabkan tuh
maka jadilah kita hamba NYa yang tak reti b'syukur.

tapi sebab Allah sayangkan kita,
dy tanak kita terus leka dengan nikmat2 tu,
maka dia pun turunkan pada kita ujian kesakitan,
masa sakit ni lah kita mula rasa betapa nikmatnya sihat tu
kita mula mengeluh
"sokmo aku sakit"
sedangkan kita LUPA,
bahawasanya kita da lama TAK SAKIT,
tapi kita ni hamba tak pernah nak ingt
Allah bagi kita sakit sbb nak suh kita ingt nikmat sihat
tapi malah kita pergi menyalahkan kesakitan yang menimpa kita tu,
ingtlah,
saat kita menyalahkan sakit yang datang itu,
sbnrnya kita sedang menyalahkan Dia yang menurunkan penyakit tersebut,
dan ketahuilah, sesungguhnya yang menguji manusia dengan penyakit itu ialah Allah sang maha Kuasa
WASPADA!!
JANGAN JADI HAMBA KUFUR!!!

jadi, ingatlah
kalau kita sakit,
dah2 le mengeluh,
banyak2 kan istighfar,
kenang balik dosa2 kita,
mintak ampun dari Allah,
mana tahu, sakit yang kita dapat tuh sbg kafarah atas dosa kita
dan mngkin sakit tuh sebagai sebuah peringatan kepada kita
bahawa tiada yang kuat lagi perkasa melainkan DIA Allah al-aziz, al-jabbar

ana t'ingt,
kawan ana penah sebut
tapi tataw la betul ke tak
bahawa sakit yg paling nabi suka ialah demam..
sbb ny, bila demam, seluruh tubuh lemah + sakit,
maksudnya, gugur dosa2 yang penah dibuat oleh seluruh anggota tubuh kita..
(yer la, sakitkan menghapus dosa, INSYAALLAH)
betul ke fakta pasal tu??
sapa yang ad ilmu boleh share yep
jgn segan2
sharing is caring
lagipun, xrugi share ilmu,
xluak pun ilmu tu bak kata orang2
menambah pahala adalah sebab menyebarkan ilmu Allah
betul3...

jadi,
sebagai konklusinya
ayuh kita sama2 beringt,
sentiasa bersyukur dgn nikmat sihat yg kita dpt sekarang ni..
dan berdoalah moga sentiasa di beri nikmat sihat
moga sentiasa diberi kseihatan penglihatan, pendengaran dan juga tubuh badan,
agar kita cergas dalam membuat kerja2 untuk ISLAM
salah satunya BELAJAR,
kesempatan yang ada ni,
ana nak ucapkan kepada semua kawan2 batch 10 sri aman
"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!(lagi 5 ari jer weh).. JANGAN NAKAL2 TAW TAON DEPAN!! SPM MENANTI TU!!"
=D

jadi, sebagai penyudah kata,
maaf segala salah silap dalam entry ni,
kerana ana juga manusia yang tak pernah sempurna..

wassalamu'alaikum

Ahad, 20 Disember 2009

BUAT SAHABAT TERCINTA....

Assalamualaikum...


pertamanya ana mewakili pelajar MTS nak mintak maaf sebab terlewat  memenuhi janji  untuk buat posting dalam blog nie...

buat para sahabat yang disayangi kerana Allah, cuba renugi kata-kata Ibn Taimiyah, ilmuan reformis yang sentiasa berfikiran global

"WALAUPUN HANYA TERSISA SEBUTIR BATU , PERTAHANKAN ISLAM WALAU DICERCA, DAKAPILAH IA WALAU DISALIB..."


Ingatlah saudara-saudara seislamku yang disayangi kerana Allah, kita semua memegang satu AMANAH yang tidak dipikulkan keatas umat lain iaitu agama ISLAM. Oleh itu sedarlah kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memepertahankan Islam sebaik mungkin. Ingat ISLAM tidak pernah memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan ISLAM. Bersatulah kita semua untuk melihat ISLAM kembali MEMERINTAH bukan DIPERINTAH. Renungilah kata-kata Amirul Mukmini, Saidina Umar R.A



"LAISAL ISLAM IILLA BILJAMAAH, LAISAL JAMAAH ILLA BILQIADAH, LAISAL QIADAH ILLA BITTOAH" iaitu "TIADA ISLAM TANPA KESATUAN, TIADA KESATUAN TANPA KEPIMPINAN DAN TIADA KEPIMPINAN TANPA KETAATAN..."


Sahabat-sahabat sekalian, suka untuk ana bertanya kenapa antum semua nampak macam huru-hara ketika kami pelajar MTS kembali ke kampus kami. Sahabat-sahabat sekalian, ingatlah kata-kata Amirul Mukminin, Saidina Umar R.A  diatas tadi. Islam tidak mampu untuk bergerak seorang. Islam perlu bergerak secara jemaah. Sahabat sekalian jika antum tidak dapat menerima kami berada dalam SOF KEPIMPINAN tenbatch of sriaman, kami tidak marah ataupun kecewa. Kami sedar banyak kelemahan dalam diri kami. Kami sedar, kami tidak layak untuk memikul amanah ini. Kami tidak pernah meminta amanah ini, kami tidak terhegeh-hegeh untuk menjadi sof kepimpinan katch kita. Namun, apabila kami diletakkan, kami terpaksa memikul amanah ini dan  melakukan atau melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Namun untuk melihat ukhuwwah antara kita berkekalan ia tidak terletak di bahu kami sahaja, tetapi terletak di bahu kalian dari bumi MML, MMP, SMI Aman, SMKA Naim, SMKA Falahiah dan setiap ahli batch kita.


Sahabat-sahabat sekalian, mungkin setelah antum selesai membaca posting dari ana antum semua akan rasa 'pelajar MTS koya, perasan' atau 'betul jugak kata-kata diorang'Namun semua itu lahir dari persepsi dan pandangan antum semua. Ana buat posting nie sebab sayangkan ISLAM amnya dan sayangkan antum semua sebagai sahabat ana khususnya. Sahabat sekalian ukhuwwah kita sudah hampir 10 tahun, adakah dengan sedikit silap faham kita nak hancurkan ukhuwwah kita. Ingatlah sahabatku, perjalanan hidup kita masih jauh. Di hadapan sana, masih banyak ranjau dan liku kehidupan yang akan kita tempuhi. Persiapkanlah diri kalian dengan persiapan serapi-rapinya. Ayuhlah kita maju kehadapan untuk melihat ISLAM kembali gemilang dan ukhuwwah antara kita berkekalan buat selama-lamanya. 


SALAM UKHUWWAH FILLAH....


alfateh_mts 
fathy_6233@yahoo.com

Jumaat, 4 Disember 2009

Kita bertanya al-Qur'an menjawab


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKUMENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKUMENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar danmengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPATDRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKUBERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12