Assalamualaikum...

Rasulullah S.A.W ada bersabda mafhumnya "Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"
Sahabat yang cukup-cukup ana cintai kerana Allah S.W.T, ingatlah sahabatku persahabatan merupakan sebuah hubungan yang sangant indah dan mulia. Seorang sahabat dan kawan berperanan membentuk personaliti individu seseorang. Ada sahabat yang sanggup bersusuah payah ketika kita duka dan gembira ketika kita senang, tetapi ingatlah ramai juga sahabat yang hanya nampak muka ketika kita sengan dan hilang apabila kita susah.Pendek kata sahabat merupakan penentu corak kehidupan kita. Justeru jika kita tersilap memilih rakan sudah tentu ia akan merugikan diri kita sendiri. Ia selari dengan hadis Rasulullah S.A.W "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi sahabatnya."
"Wajahmu dengan lingan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan zikir kepada penciptamu,
Hatimu takut dan gementar dengan kehebatan Rabb-mu,
dan Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu...."
0 ulasan:
Catat Ulasan