BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 29 November 2009

CORETAN NOSTALGIA GEGAR MAHABBAH 2009…



Gegar Mahabbah merupakan satu program yang telh dianjurkan oleh beberapa orang wakil daripda TenBatch_Sri Aman. Ia merupakan reunion perdana yang julung-julung kalinya diadakan bagi memastikan ikatan ukhuwwah yang terjalin antara kami lebih kukuh dan menghapuskan jurag-jurang perbezaan yang wujud antara kami tanpa kami sedari.


Program ini berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Pada hari pertama program ini berlangsung, kami diisi dengan beberapa slot. Bagi pelajar banin, slot pertama mereka ialah permainan ‘sand wars’. Untuk permainan ini,setiap kumpulan diberi arahan untuk membina sebuah istana pasir dan berusaha untuk mempertahankan istana mereka daripada dimusnahkan oleh musuh. Melalui aktiviti ini para peserta dikehendaki berfikir secara kreatif dan bijaksana kerana mereka perlu membina dan mempertahankan sebuah istana pasir yang kukuh dan dalam masa yang sama dikehendaki menyerang istana pihak lawan. Ini seperti mana di zaman Rasulullah S.A.W ketika di waktu peperangan yang memerlukan tentera Islam berfikir secara kreatif dan bijaksana untuk menghancurkan pihak kuffar.

Bagi pelajar banat pula, kami telah mengadakan aktiviti ‘LDK’ yang dinamakan Ukhuwah Fortification. Setiap kumpulan diberi arahan untuk melukis gambar rakan-rakan mereka di dalam satu suasana. Sesudah itu, mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka dan menceritakan sikap dan peribadi rakan mereka. Dengan itu, mereka dapat mengenali dgn lebih rapat lagi raka-rakan mereka yang telah lama terpisah. Hasil darpada kedua-dua aktiviti ini,kami dapat memupuk sikap kerjasama di antara kumpulan.

Seusai solat maghrib,kami menikmati santapan rohani dengan tazkirah maghrib yg telah disampaikan oleh al-akh Nik Muhammad Farhan Hakim. Tazkirah ini telah meniggalkan kesan yang amat mendalam kepada kami dan membuatkan kami sedar tentang apa ertinya sebuah persahabatan. Seusai solat isya’ pula,slot kedua utk program ini berlangsung. Bg slot yg kedua,kami mendengar ceramah yg telah disampaikan oleh Muallimah Rosmawati yg bertajuk ‘Ini Peranan Kita’. Setelah itu,kami menyaksikan satu tayangan tentang ‘Sakaratulmaut’ dan tayangan ini benar-benar menginsafkan jiwa kami. Selepas itu,kami menjamu selera dengan jamuan BBQ.

Pagi hari kedua,kami semua dikejutkan pd pukul 4.30 pagi dan tepat pada pada pukul 5.00 pagi kami bergegas ke surau bagi menunaikan qiamullail secara berjemaah dan diikuti dengan alunan zikrullah. Seusai solat subuh,kami menikmati sarapan pagi dan tepat pada pukul 8.00 pagi program ini diteruskan dengan aktiviti ‘Kembara Alam’. Aktiviti ini merupakan aktiviti merentas desa dan para peserta harus melalui tiga checkpoint. Pada setiap checkpoint disediakan satu permainan yang menguji minda dan ketangkasan para peserta. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil seperti kasih sayang, membina harakah islamiah, tolong menolong dan lain-lain lagi. Aktiviti ini berakhir pada pukul 10.30 pagi.

Pada pukul 12 tengahari,majlis penutup Program Gegar Mahabbah berlangsung. Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa guru yang pernah bersama kami ketika kami menuntut di Sri Aman seperti Mlmh Rosmawati, Mlmh Dayang, Mlmh Rushaida, Mlmh Faeizon, Mlmh Rahmah dan Tec Rosnani. Pada majlis ini turut diundang Ust Omar Alias selaku Pengarah Pusat Pendidikan Aman berserta Mudir SMI Aman Ust Rashid. Bapa kesayangan kami iaitu Ust Azmi Harun selaku Mudir SRI Aman tidak dapat hadir. Dengan berakhirnya majlis penutup ini maka berakhirlah Program Gegar Mahabbah. Harapan tertinggi kami,semoga program ini dapat mencapai objektif serta visi dan misi dan seterusnya melahirkan remaja yang mempunyai budi pekerti yang luhur. Dan yang terakhir semoga ikatan ukhuwah antara kami tidak akan putus walau sejauh mana kami terpisah. Sesungguhnya segala memori serta kenangan pahit dan indah bersama rakan-rakan serta para murabbi di SRI Aman tidak akan kami dapati dan kami beli dimana-mana. SALAM MAHABBAH DAN SALAM UKHUWWAH FILLAH