BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 20 Disember 2009

BUAT SAHABAT TERCINTA....

Assalamualaikum...


pertamanya ana mewakili pelajar MTS nak mintak maaf sebab terlewat  memenuhi janji  untuk buat posting dalam blog nie...

buat para sahabat yang disayangi kerana Allah, cuba renugi kata-kata Ibn Taimiyah, ilmuan reformis yang sentiasa berfikiran global

"WALAUPUN HANYA TERSISA SEBUTIR BATU , PERTAHANKAN ISLAM WALAU DICERCA, DAKAPILAH IA WALAU DISALIB..."


Ingatlah saudara-saudara seislamku yang disayangi kerana Allah, kita semua memegang satu AMANAH yang tidak dipikulkan keatas umat lain iaitu agama ISLAM. Oleh itu sedarlah kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memepertahankan Islam sebaik mungkin. Ingat ISLAM tidak pernah memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan ISLAM. Bersatulah kita semua untuk melihat ISLAM kembali MEMERINTAH bukan DIPERINTAH. Renungilah kata-kata Amirul Mukmini, Saidina Umar R.A



"LAISAL ISLAM IILLA BILJAMAAH, LAISAL JAMAAH ILLA BILQIADAH, LAISAL QIADAH ILLA BITTOAH" iaitu "TIADA ISLAM TANPA KESATUAN, TIADA KESATUAN TANPA KEPIMPINAN DAN TIADA KEPIMPINAN TANPA KETAATAN..."


Sahabat-sahabat sekalian, suka untuk ana bertanya kenapa antum semua nampak macam huru-hara ketika kami pelajar MTS kembali ke kampus kami. Sahabat-sahabat sekalian, ingatlah kata-kata Amirul Mukminin, Saidina Umar R.A  diatas tadi. Islam tidak mampu untuk bergerak seorang. Islam perlu bergerak secara jemaah. Sahabat sekalian jika antum tidak dapat menerima kami berada dalam SOF KEPIMPINAN tenbatch of sriaman, kami tidak marah ataupun kecewa. Kami sedar banyak kelemahan dalam diri kami. Kami sedar, kami tidak layak untuk memikul amanah ini. Kami tidak pernah meminta amanah ini, kami tidak terhegeh-hegeh untuk menjadi sof kepimpinan katch kita. Namun, apabila kami diletakkan, kami terpaksa memikul amanah ini dan  melakukan atau melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Namun untuk melihat ukhuwwah antara kita berkekalan ia tidak terletak di bahu kami sahaja, tetapi terletak di bahu kalian dari bumi MML, MMP, SMI Aman, SMKA Naim, SMKA Falahiah dan setiap ahli batch kita.


Sahabat-sahabat sekalian, mungkin setelah antum selesai membaca posting dari ana antum semua akan rasa 'pelajar MTS koya, perasan' atau 'betul jugak kata-kata diorang'Namun semua itu lahir dari persepsi dan pandangan antum semua. Ana buat posting nie sebab sayangkan ISLAM amnya dan sayangkan antum semua sebagai sahabat ana khususnya. Sahabat sekalian ukhuwwah kita sudah hampir 10 tahun, adakah dengan sedikit silap faham kita nak hancurkan ukhuwwah kita. Ingatlah sahabatku, perjalanan hidup kita masih jauh. Di hadapan sana, masih banyak ranjau dan liku kehidupan yang akan kita tempuhi. Persiapkanlah diri kalian dengan persiapan serapi-rapinya. Ayuhlah kita maju kehadapan untuk melihat ISLAM kembali gemilang dan ukhuwwah antara kita berkekalan buat selama-lamanya. 


SALAM UKHUWWAH FILLAH....


alfateh_mts 
fathy_6233@yahoo.com

0 ulasan: